Home > Uncategorized > Why joining Barisan Rakyat is the most ethical thing any BN MPs could do

Why joining Barisan Rakyat is the most ethical thing any BN MPs could do

Perlawanan bola sepak antara team BN & team BR baru bermula. Sebelum perlawanan dimulakan, team BN dengan angkuhnya meramalkan yang mereka akan menang 10 – 1. Baru 10 minit permainan bermula, pengadil dengan suka hatinya memberikan 3 gol percuma kepada team BN. Takde alasan. Saje2 je, kata pengadil. Pemain2 team BR yang membantah keputusan pengadil diberikan kad merah. Akibatnya 2 pemain team BR kene keluar padang. Permainan diteruskan dengan bilangan pemain team BR yang kurang dari team BN.

Bila hampir tamat permainan, keputusannya mengejutkan semua pihak. Team BN hanya mendahului dengan bilangan gol yang amat tipis, 8 berbalas 7. Hanya 2 gol saja lagi yang team BR perlukan untuk mendahului team BN. Pemain2 team BN bagai hilang punca. Tak pernah dlm sejarah team BN hampir-hampir tewas. Permainan diteruskan dalam masa kecederaan. Pemain2 team BN tahu yang sekiranya permainan ini dijalankan secara adil, memang team BR dah lama menang. Dalam masa kecederaan itu, sebilangan pemain-pemain team BN yang masih mempunyai harga diri mengambil keputusan untuk skor gol sendiri sebanyak 3 biji, kerana mereka sendiri juga tahu yang 3 gol awal kepunyaan team BN adalah tidak sah. Mereka tahu penonton mahukan permainan yang adil. Jadi dengan 3 gol sendiri yang dijaringkan pemain BN itu, setidak-tidaknya mereka telah memberikan kepada penonton satu permainan dengan jumlah gol yang adil. Dan keputusan akhir, team BR mengalahkan team BN dengan skor 10 – 8.

Persoalannya (nada ala2 shebby singh), adakah pemain-pemain BN yang telah skor gol sendiri pada saat-saat akhir perlawanan itu melakukan sesuatu yang tidak beretika? Sesuatu yang tidak bermoral?

Jika anda mengatakan yang pemain-pemain BN itu telah mengkhianati penonton-penonton kerana mengskor gol sendiri dan mengatakan yang mereka tidak sepatutnya berbuat demikian dan seharusnya mereka memberikan kemenangan tidak adil kepada team BN, maka silakan, teruskanlah perjuangan anda untuk sentiasa menjadi pembangkang.

Kerana pastinya perlawanan akan datang team BN akan terus merangka tipu daya yang lebih konkrit untuk mengonyong team BR 10 – 0. Mereka mampu berbuat demikian, walaupun jika penyokong team BR adalah lebih ramai. Pengadil adalah penyokong mereka. Stadium mereka yang punya. Padang dan bola pun milik mereka. Apatah lagi scoreboard. Waktu itu barulah anda akan berteriak dan menjerit-jerit yang keadilan makin lenyap dan pudar, yang keadilan tidak dilaksanakan di dalam permainan itu dulu, kini dan selamanya.

Padan muka. Waktu ada peluang nak restore keadilan, tak nak guna.

Walaupun mungkin tidak begitu tepat, senario perlawanan bola sepak di atas adalah analogi kepada pilihanraya umum ke-12 malaysia yang baru sebulan berlalu. Sekarang sibuk tentang perbicaraan yang terdapat lebih dari 30 ahli parlimen BN yang hendak lompat parti masuk Barisan Rakyat (walaupun saya sendiri meraguinya, tp sentiasa berdoa & mengharapkan ianya terjadi..) Sebilangan besar rakyat menyokong kejadian lompat parti itu sekiranya ianya betul-betul akan terjadi. Namun ada juga yang membangkang. Alasannya perbuatan seperti itu tidak beretika. Menipu rakyat, katanya. Kene lawan cara gentleman.

I beg to differ dengan mereka-mereka yang berpendapat seperti ini. Bagi saya, melompat parti dari BN ke BR adalah perkara yang PALING BERETIKA yang boleh ahli-ahli MP BN lakukan pada ketika ini. First thing first. Walaupun alhamdulillah BR dpt deny majoriti 2/3 BN dalam parlimen, dan 6 (termasuk KL) negeri ditangan BR, tetapi hakikatnya pilihanraya yang baru berlalu ini telah dijalankan dengan tidak adil. Tengok sendiri dah tau. Mainstream media semua angkat BN, kutuk BR. Jentera kerajaan abih BN guna. SPR pula berperangai seperti salah satu parti komponen BN (dari pembatalan setem utk pencalonan dan penggunaan dakwat kekal, etc etc) Dan tidak lupa juga persempadanan pilihanraya yang tidak adil yang telah banyak membantu BN.

Namun Alhamdulillah dengan kuasa Allah, penipuan-penipuan terancang yang depa dok lakukan ini tetap tidak dapat membendung kemahuan rakyat yang mahukan perubahan. Dengan kata lain, sekiranya pilihanraya lepas dijalankan dengan seadil-adilnya, dah lama BN kalah. Diulangi, DAH LAMA BN KALAH. Jadi perbuatan MP-MP BN yang hendak melompat masuk BR, adalah perbuatan yang paling beretika, paling bermoral dan paling terpuji dalam proses kita hendak mengembalikan keadilan kepada negara kita. Kerana dengan melompatnya MP2 BN itu, tidak bermaksud kita merampas kerusi milik BN dan juga merampas kepercayaan rakyat, tetapi kita MENGEMBALIKAN KERUSI ITU KE TEMPAT YANG SEPATUTNYA, kita MENGEMBALIKAN UNDI RAKYAT KE TEMPAT YANG SEPATUTNYA!! (Part akhir tu bace ala-ala DSAI tengah berkobar-kobar berceramah)

“Ya Allah, ampunkanlah dosa-dosa kami. Janganlah Engkau hukum kami disebabkan dosa-dosa kami. Kami merayu kepada Engkau, kembalikanlah keadilan kepada negara kami, angkatlah pemimpin-pemimpin dari kalangan kami mereka-mereka yang takutkan Engkau, yang sentiasa bersifat adil dan amanah, dan Engkau hinakanlah mereka-mereka yang telah lama menipu dan merosakkan negara kami, yang telah memerintah kami berpandukan hawa nafsu mereka, serta mereka-mereka yang melindungi mereka. Engkaulah penolong kami Ya Allah, kepada Engkaulah kami berharap, dan kepada Engkaulah kami akan dikembalikan. Amin Ya Rabbal Alamin.”

Advertisements
  1. April 16, 2008 at 4:25 am

    Masalahnya, politik bukan bola sepak. Dan juga analogi yang Imin guna itu boleh dipertikaikan. Dalam bola sepak, keputusan pengadil adalah keputusan pengadil. Muktamad. Kalau keputusan pengadil boleh diubah, dah lama Arsenal juara EPL dan Champions League. Haha!

    Jawapannya. Perlawanan semula. Sebagaimana Arsenal pernah menawarkan perlawanan semula dalam FA Cup (tak ingat lawan siapa dan tahun bila) kerana menyumbat gol ketika pemain lawan dalam kecederaan. Walaupun gol itu sah!

    MP yang berhajat untuk menyertai BN, letak jawatan. Dan bertanding semula atas tiket PAS-DAP-PKR (PR bukan parti). Kemenangan mereka yang lalu adalah kerana pengundi memilih BN (tidak kira apa cara mereka). Jadi kalau mereka mahu keluar dari BN, beri peluang kepada rakyat untuk memilih sekali lagi.

    Seperti yang ditulis di blog abang, matlamat tidak menghalalkan cara. Kalaupun BN menipu dan pengadil (SPR) menipu. Dan sememangnya mereka jahat dan penipu, tidak membenarkan kita juga jadi jahat.

    Dalam politik Islam bukan kuasa semata-mata. Ada juga faktor berkat, dosa, pahala. Apa hukumnya dari segi Islam untuk melompat parti, terpulanglah kepada ulama yang faqih membahaskannya. TG Nik Aziz sendiri tidak setuju melompat parti. Dan kita sendiri pun tidak suka orang kita lompat parti kan? Ingat di Kelantan sebelum PRU-12. Hanya berkelebihan satu kerusi. Kita takut bukan?

    Sekali lagi, matlamat tidak menghalalkan cara. Ingat berkat, ingat akhirat. 🙂

  2. imin83
    April 17, 2008 at 1:56 pm

    Memang analogi yang saya berikan diatas bukan begitu tepat. Antaranya sbb kalau perlawanan semula bola sepak kerana pertikaian pengadil contohnya, confirm perlawanan semula tu akan diadili oleh pengadil yang lain. Bukan pengadil yang dipertikaikan. (Camnerpun saya rasa apa2 pun yang terjadi, Arsenal tak mampu nak menang EPL. Champions League mungkin takat bole sampai semi je. Hehe)

    Saya juga tidak nampak meminta parti lawan lompat masuk ke parti kita adalah sesuatu yang jahat; sedangkan kita dibolehkan untuk bersedekah kepada orang bukan Islam agar hatinya lembut untuk masuk Islam. Saya rasa yang jahatnya jika kita biarkan kezaliman berleluasa, walaupun kita ada kuasa untuk mengubahnya. Dan saya rasa inilah masa yang paling sesuai untuk ‘deliver the final blow’ kepada rejim BN, sementara mereka masih
    didalam kecelaruan dan kelam kabut. Strike your enemy during their weakest moment. Bukan main tipu, bukan pengecut, bukan tidak beretika, dan bukan jadi jahat. Dalam peperangan, kalau kita
    tidak mengambil peluang yang datang hanya sekelip mata untuk memusnahkan musuh, maka bodohlah kita.

    Saya setuju dengan abang yang kita pun tidak suka orang lompat parti, tapi bagi saya ada keadaan yang saya kira perlu dan juga suka sekiranya lompat parti itu terjadi. Contohnya, sekiranya tiba-tiba parti Islam yang kita undi menukar matlamat dan tujuannya 360 darjah (contoh je..) menjadi parti sekular, saya rasa amat perlu ahli-ahli parti itu yang telah diundi untuk melompat ke parti lain yang lebih memperjuangkan Islam. Dan juga dalam keadaan yang berlaku dinegara kita sekarang.

    Saya rasa juga yang tidak kurang berkatnya sekiranya kita mempelawa ahli-ahli parlimen BN untuk join PAS-PKR-DAP. Kita bukan merasuah mereka. Kita memberi tawaran kepada mereka untuk join kita sekiranya mereka bersetuju dengan perjuangan kita yang memperjuangkan keadilan. Kita hanya memberi peluang kepada mereka untuk memperbetulkan tindakan mereka yang salah sebelum ini. Dan juga seperti yang saya tulis di atas, seadil dan selayaknya, sebahagian dari mereka at the first place tak sepatutnya berada dalam parlimen. Mereka hanya berada di parlimen kemungkinan kerana undi pos atau pun kerana pengundi hantu.

    Ya, saya pun memang takut dulu apabila PAS hanya berkelebihan satu kerusi di Kelantan. Ketika itu saya berdoa agar Allah tetap mempertahankan kelantan di tangan PAS, dan kini saya berdoa agar Allah membuka pintu-pintu hati ahli-ahli parlimen BN untuk menyertai PAS/PKR/DAP. Sekali lagi juga, saya tidak nampak dimana tidak berkatnya mengajak mereka melompat keluar dari parti yang korup kepada parti yang insyaAllah, akan memimpin Malaysia menjadi negara yang lebih baik, negara yang lebih Islamik.

    Akhir kata, kita berenti kat sini je k perbincangan kita ttg melompat parti ni buat masa ini. Saya yakin abg tetap dengan pendapat dan hujah abg, sama seperti saya. Lagipun, berlainan pendapat adalah satu rahmat. Setuju? 😀

  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: